Counter for Forums
Free Hits Counters


 

Persatuan Sukan & Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Perak dengan kerjasama Kelab Basikal UiTM Perak (KEBAS) berhasrat untuk menganjurkan acara kayuhan berbasikal yang julung kalinya dan  terbesar pernah diadakan oleh UiTM Perak. Program ini dikenali sebagai UiTM EnduRide 120 dengan berasaskan aktiviti berbasikal secara beramai-ramai secara Fun Ride sejauh 120 km. Penganjuran berasaskan sukan dan rekreasi menyasarkan semua peminat sukan berbasikal dari seluruh Negara.

Sejajar dengan Objektif kelima Pelan Integriti Nasional (PIN), Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Aktiviti beriadah seperti ini menjadi titik permulaan oleh UiTM Perak selaku salah satu penggerak PIN. Bagi menerapkan kesedaran kepada warga UiTM, warga pelajar dan sekali gus warga Malaysia tentang kepentingan menjaga kesihatan, beriadah dan meningkatkan kualiti hidup melalui bersukan. Program yang dilaksanakan juga adalah selari dengan Pesta Konvo UiTM Perak.

Kerjasama yang cuba dibentuk antara UiTM Perak dengan  beberapa organisasi swasta luar merupakan kaedah secara langsung untuk mempromosikan Corporate Social Responsibilities (CSR) antara satu sama lain. Usaha yang kecil dalam meningkatkan kesedaran bersukan dan menjaga kesihatan.

Di samping itu, kelainan yang dicipta dalam kayuhan ini ialah para peserta akan melalui kawasan pinggir bandar, suasana sawah padi dan kelapa sawit yang tenang, senario kampung di Perak, warisan sejarah, tinggalan bijih timah, pusat pengajian tinggi terutama di dalam Daerah Perak Tengah.  Pengayuh sendiri dalam mengalami secara realiti, suasana berbasikal beramai–ramai, merentasi kampung dan pekan kecil. Oleh itu penganjuran ini berkonsepkan “by riders for riders” di mana sebahagian besar dari jawatankuasanya merupakan pengayuh basikal sendiri.

 
MUAT TURUN

ANJURAN BERSAMA


Anjuran Bersama: Persatuan Sukan & Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Perak & Kelab Basikal UiTM Perak (KEBAS)
Universiti Teknologi MARA (Perak), Seri Iskandar, 32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak
Site Map | Copyright & Disclaimer | Contact Us
Copyright @ 2013 to Laman Web Rasmi UiTM Perak. Power by Nurul Akla Ahmad Khalil@Atan