PROGRAM TUNAS MEKAR SIRI 6

E-mail Print PDF

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti yang Dato'/Tuan/Puan/Cik sedia maklum, Program Tunas Mekar merupakan sebuah program bagi melahirkan usahawan daripada kalangan
graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Program ini merupakan kerjasama antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri  dengan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak tahun 2005 lagi. Untuk makluman Dato'/Tuan/Puan/Cik, Unit tersebut akan meneruskan pelaksanaan program ini
bagi siri 6 dengan beberapa penambahbaikan. Konsep pelaksanaan program adalah berorientasikan "Business Challenge" di mana para peserta akan
dipilih berdasarkan proposal awal perniagaan yang hendak dilaksanakan oleh mereka.

Jangkamasa program adalah enam (6) bulan dan kelayakan minima peserta adalah Diploma dan usia tidak melebihi 32 tahun.


Untuk pelaksanaan Siri 6, permohonan bagi menyertai program ini perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian. Bagi tujuan ini,
borang permohonan secara atas talian ini telah disediakan di pautan berikut:


http://www.icu.gov.my/pg/tunas_mekar.php


Permohonan bagi menyertai program Tunas Mekar Siri 6 ini dibuka pada 13 Julai 2016 (Rabu) dan akan ditutup pada 24 Julai 2016 (Ahad).