Sejarah

E-mail Print PDF

Sejarah permulaan UiTM (Perak) Kampus Tapah

UiTM (Perak) Kampus Tapah UiTM (Perak) Kampus Tapah bagi Fasa Pertama telah mula beroperasi pada 1 Disember 2010. Bangunan kampus ini hanya terdiri daripada 6 unit bangunan iaitu Bagunan Pejabat Pentadbiran dan Akademik, Kolej Kediaman Pelajar Siswa, Kolej Kediaman Pelajar Siswi, Pejabat Pentadbiran Kolej dan 2 unit Rumah Pegawai Pembangunan Pelajar.

Bagaimanapun, Fasa Kedua UiTM (Perak) Kampus Tapah dijangka siap pada tahun 2014 yang akan dapat menampung  kapasiti sehingga 5,000 pelajar menjelang tahun 2015. Seramai 25 orang pelajar telah mendaftar sebagai pengambilan pertama UiTM (Perak) Kampus Tapah pada 26 Disember 2010 bagi program Diploma Sains Aktuari (CS112) dan Pra Diploma (Sains) (PD008). Bagaimanapun, bilangan pelajar telah bertambah kerana seramai 267 orang pelajar CS112 semester 2 sehingga semester 8 dari UiTM Shah Alam Kampus Alamanda telah dipindahkan ke UiTM (Perak) Kampus Tapah pada 2 Januari 2011. Pada 21 November 2011, sekali lagi seramai 20 orang pelajar baru Diploma Sains Komputer (CS110) dari UiTM Perak Sri Iskandar pula dipindahkan ke UiTM (Perak) Kampus Tapah. Manakala kakitangan UiTM (Perak) Kampus Tapah pula terdiri daripada 18 orang kakitangan akademik dan 56 orang kakitangan bukan akademik.

KLIK <<DISINI>> UNTUK MELIHAT VIDEO MENGENAI KAMPUS TAPAH