Bahagian HEA

E-mail Print PDF

BAHAGIAN HEA KAMPUS TAPAH


Bahagian HEA Kampus Tapah adalah sebuah bahagian lanjutan dari fungsi Bahagian HEA di Kampus Seri Iskandar. TRHEA masih menjadi ketua tadbir urus akademik dengan beberapa fungsi diperturunkan kepada Penolong Rektor Kampus Tapah. Puan Nur Salwana binti Muldan, Penolong Pendaftar HEA bertanggungjawab memastikan semua fungsi Bahagian HEA berjalan lancar merangkumi fungsi utama iaitu pentadbiran am, rekod pelajar dan peperiksaan. Pelarasan tugas berkaitan tadbir urus HEA ke arah kampus berautonomi turut dipanjangkan ke Kampus Tapah dengan perlantikan dua penyelaras iaitu Dr. Haji Mohamed Imran Ariff, Penyelaras Pembangunan dan Pengurusan Akademik dan PM Elizabeth G. Arul, Penyelaras Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK).


Dua orang Pegawai Eksekutif iaitu Encik Mohd Ridzuan Khalid dan Cik Nor Sazwani Mohamad Samsudin turut sama dalam memastikan pengoperasian berjalan lancar. Staf sokongan pentadbiran am HEA terdiri dari kerani, Encik Norazhar Othman, Puan Julizawati binti Abdul Halim, Puan Nor Maiza Sulaiman, Puan Nurul Ayuni Jufri dan Encik Ahmad Syahir bin Abdullah dan dibantu oleh Encik Mohd Ainudin bin Mohd Noor, Pembantu Operasi (PO).

 

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN HEA KAMPUS TAPAH

 

**klik untuk paparan lebih jelas