Pejabat Polis Bantuan

E-mail Print PDF

Pengenalan

Bahagian Keselamatan memberi perkhidmatan kawalan keselamatan (security) 24 jam sehari bagi memastikan harta benda UiTM Perak dan warganya sentiasa berada di dalam keadaan selamat dari sebarang bahaya, risiko, jenayah, gangguan, pengkhianatan dan pencerobohan yang boleh menjejaskan imej dan prestasi universiti ini.

Visi

Menjadikan sebuah organisasi yang profesional berteraskan perkhidmatan mesra dan berkualiti bagi menjamin keselamatan UiTM Perak.

Misi

Mempertingkatkan dan berusaha secara professional berteraskan ilmu dan peraturan bagi mewujudkan suasana kampus yang aman melalui amalan mutu perkhidmatan yang cemerlang.

Objektif

  • Mengawal keselamatan harta benda UiTM dan warganya.
  • Menguatkuasa peraturan-peraturan Universiti, disiplin dan sahsiah rupa diri pelajar UiTM.
  • Mengawal lalu lintas, letak kenderaan di dalam kampus.
  • Menjalankan siasatan dalaman terhadap kes-kes pelanggaran peraturan.
  • Mencegah dan melawan kebakaran di dalam kampus

 

Fungsi

  • Kawalan statik di pintu utama kampus untuk mencegah pencerobohan, mengawal kemasukan pelawat pelawat dan memastikan harta benda UiTM tidak dibawa keluar tanpa kebenaran.
  • Membuat rondaan berkala di blok blok Pentadbiran, Fakulti dan Kolej untuk memastikan harta benda UiTM sentiasa selamat, bilik bilik berkunci selepas digunakan dan tiada pembaziran letrik dan air berlaku.
  • Membuat kawalan lalu lintas dan parkir kenderaan agar sentiasa lancar dan teratur.
  • Menguatkuasakan saman bagi kesalahan lalu lintas di dalam kampus.
  • Menguatkuasakan Akta 174, Pekeliling Pekeliling, Sahsiah Rupadiri Pelajar UiTM dan Arahan Arahan Semasa Pengurusan UiTM.
  • Menjalankan siasatan dalaman mana mana pelajar atau staf yang didapati melanggar peraturan UiTM.
  • Membuat rondaan, mencegah dan melawan kebakaran jika berlaku