Head of Department
Ts Mohd Farid Assamani Mohamed Zainon

Tel : 05-406 7063
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 Introduction

 

Bahagian Infostruktur diwujudkan bermula pada 1 November 2010 selepas Bangunan Fasa 1 (Zeta) siap sepenuhnya. Ketika itu, Bahagian Infostruktur hanya mempunyai dua orang staf sahaja.

Bermula tahun 2013 Bahagian Infostruktur telah berkembang dengan penambahan staf selaras dengan pembinaan bangunan Fasa 2 di bawah projek PFI.Dahulunya Bahagian Infostruktur dikenali sebagai Unit Sistem Maklumat Bersepadu (USMB) pada tahun 2010, sebelum diberikan nama baru iaitu Bahagian InfoTech (2013). Kini ianya lebih dikenali sebagai Bahagian Infostruktur bermula tahun 2017.

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Bahagian Infostruktur memainkan peranan yang sangat penting sebagai tulang belakang untuk memberikan perkhidmatan berkaitan ICT kepada warga kampus terutamanya dari segi Infrastruktur ICT dan Sistem Maklumat. Sekaligus, peranan Bahagian ini adalah untuk memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta perkhidmatan pentadbiran berjalan lancar.

Bahagian ini juga berperanan dari segi Operasi ICT secara harian yang melibatkan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan ICT, perkhidmatan kad pelbagai guna, akses pintu, Gmail & lain-lain.Ianya turut memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan Pentadbiran ICT seperti Perolehan ICT dan Dokumentasi.

Bagi memastikan Perancangan ICT teratur dan mengikut perkembangan, Bahagian ini juga memainkan peranan dalam menyediakan Perancangan Strategik ICT berlandaskan Rancangan Malaysia dan Pelan Perancangan Strategik UiTM.

Bahagian Infostruktur kini terdiri daripada seorang (1) Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Sepuluh (10) orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat & dua (2) orang Juruteknik Komputer.