Taklimat Perlaksanaan EKSA


Taklimat berkaitan perlaksanaan EKSA peringkat UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah dijalankan pada 8 Februari 2018 di Dewan Kuliah 150A bertujuan untuk memberikan kefahaman dan penyelarasan perlaksanaan kepada jawankuasa setiap zon. Syarahan telah disampaikan oleh Puan Itaza Afiani selaku Timbalan Penyelaras EKSA UiTM Cawangan Perak


 Bengkel Pengauditan EKSA 


Jawatankuasa EKSA UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan Bengkel Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada September 2017. Ia telah disampaikan oleh En Abdul Fitri Salleh dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat awal kepada semua fasilitator untuk menjalankan sesi audit kelak. Fasilitator yang terlibat adalah dalam kalangan staf UiTM Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah.

 

TBA

 

SENARAI NAMA JAWATANKUASA 

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK, KAMPUS TAPAH

 

SENARAI NAMA FASILITATOR 

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK, KAMPUS TAPAH
 

 
 
BIL
NAMA
JAWATAN 

1

Puan Noor Hafiza Abdul Mutalib
Penolong Pengurus Asrama
Pejabat Pengurusan Kolej Beta

Fasilitator

2

Encik Muhammad Shaffiq Zainal Osman Shah
Pensyarah
Fakulti Sains Gunaan

Fasilitator

3

Puan Nor Faezah Mohamad Razi
Pensyarah
Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Fasilitator

4

Puan Noor Suhana Othman
Pegawai Eksekutif
Pentadbiran

Fasilitator

5

Puan Nurul Nadwa Ahmad Zaidi
Pensyarah
Pusat Akademik

Fasilitator

6

Puan Izuani Ismail
Pegawai Psikologi
Unit Kerjaya dan Kaunseling

Fasilitator

7

Puan Nurfarizan Mazhani Mahmud
Pensyarah Kanan
Fakulti Perakaunan

Fasilitator

LOGO EKSA

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

1.    memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif
2.    meningkatkan imej korporat
3.    menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan
4.    menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan
5.    memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.