RINGKASAN PROGRAM MDAB Program Mengubah Destini Anak Bangsa merupakan program di mana pelajar Melayu dan Bumiputera yang gagal untuk mendapat tempat di universiti kerana merit tidak mencukupi, peningkatan kos pengajian yang tinggi dan kegagalan dalam persaingan mendapatkan tempat pengajian di IPT, dibantu untuk mencapai impian mereka. UiTM menawarkan program berdasarkan kelayakan pelajar samada ke program Pra Perdagangan atau Pra Sains. Sepanjang program ini juga, pelajar-pelajar akan diberi pengisisan akademik, pembinaan peribadi dan kerohanian serta pembangunan modal insan. UiTM percaya bahawa setiap individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu jika diberi peluang dan ruang serta penerapan nilai-nilai murni bagi membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara. TUJUAN & MATLAMAT MDAB Agenda utama Universiti Teknologi MARA (UiTM) mewujudkan program ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan tetapi mampu untuk belajar. Dalam erti kata lain, pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang miskin tetapi memenuhi syarat untuk menyambung pelajaran di peringkat Pra Diploma. Keprihatinan pihak UiTM dapat dilihat dengan pelbagai perancangan dan pelaksanaan bagi memastikan mereka melanjutkan pelajaran dalam program MDAB.
ANNOUNCEMENT
BROCHURE ----> [download here] |
PAUTAN Institute of Neo EducationiNeD yang bermaksud "Institute of Neo Education" atau Institut Pendidikan Neo, adalah sebuah institut yang diamanahkan oleh pihak pengurusan UiTM sebagai Institusi yang terpenting di dalam mengiringi aspirasi kerajaan untuk memperkenalkan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). |
UiTM Online
Portal kemasukan pelajar merupakan portal bagi menyemak keputusan, memuat turun borang permohonan MDAB serta mendapatkan maklumat terkini berkaitan syarat-syarat kemasukan serta senarai kursus yang ditawarkan di setiap fakulti di UiTM.
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bahagian Pengambilan Pelajar atau BPP adalah satu bahagian yang ditugaskan untuk mengurus proses permohonan kemasukan pelajar baru UiTM, mengeluarkan surat tawaran secara online serta menyelaras iklan pengambilan pelajar baru UiTM mengikut jadual dan prosedur yang telah ditetapkan berdasarkan kalendar Bahagian Hal Ehwal Akademik.
Puan Nor Zarina Mohd Salim
MDAB Coordinator
Tel: 05 374 3554
email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.