UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah bagi Fasa Pertama telah mula beroperasi pada 1 Disember 2010. Bangunan kampus ini hanya terdiri daripada 6 unit bangunan iaitu Bagunan Pejabat Pentadbiran dan Akademik dan Kolej Kediaman Pelajar. Bagaimanapun, Fasa Kedua UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah mula beroperasi pada       16 April 2014 dan kini menampung kapasiti sehingga 5,000 pelajar.

Sejumlah RM 47,300,000.00 telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMke-9) untuk pembangunan fizikal bagi Kampus Kedua UiTM Cawangan Perak di Tapah.  Ia merangkumi pembangunan keperluan asas bagi bangunan akademik, kolej kediaman, bangunan pentadbiran, perpustakaan dan infrastruktur.

Bahagian Pentadbiran di Tadbir Urus oleh seorang (1) Penolong Pendaftar Kanan dan dibantu oleh lima belas (15) orang Staf Kumpulan Pelaksana. 

Bahagian Pentadbiran mempunyai 12 fungsi utama.  Fungsi-fungsi tersebut digabungkan menjadi empat unit iaitu Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Am, Pengurusan Kenderaan dan Unit Gunasama.