Program Dialog TN50 Daerah Batang Padang yang diadakan pada 28 April 2017 (Jumaat) jam 8.00 malam bertempat di Green House UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah. Kawalan keselamatan diketuai oleh 1 orang pegawai dan 5 orang anggota. Program Dialog TN50 dihadiri oleh jemputan daripada :

 

1. Majlis Belia Tapah

2. Silver Youth Batang Padang

3. NGO/ DUN Belia/ Giat MARA

4. Guru Muda 1Malaysia

5. Parti-parti Kompenan

6. Kolej Komuniti

7. PDRM IPD Tapah

 

Manakala senarai VIP :

 

1. Rektor UiTM Cawangan Perak

2. Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Perak

3. YB. Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya, EXCO Kerajaan Negeri Perak

4. YB. Dato' Samsudin Bin Hj. Abu Hasan, EXCO Kerajaan Negeri Perak

5. YB. Dato' Mah Hang Soon, EXCO Kerajaan Negeri Perak

 
   

 

Majlis Sua Raya 2017  
   

             Pejabat Polis Bantuan turut serta dalam memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dengan tema majlis pada tahun ini iaitu Majlis Sua Raya 2017. Pejabat Polis Bantuan dipertanggungjawabkan menyediakan menu Roti Jala dengan kuah kari ayam. Konst/PB Mohd Zahari Bin Fardel mewakili Pejabat Polis Bantuan dengan persembahan nyanyian lagu hari raya bagi menghiburkan para tetamu sambil menikmati juadah yang disediakan.