Taklimat Perlaksanaan EKSA


Taklimat berkaitan perlaksanaan EKSA peringkat UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah dijalankan pada 8 Februari 2018 di Dewan Kuliah 150A bertujuan untuk memberikan kefahaman dan penyelarasan perlaksanaan kepada jawankuasa setiap zon. Syarahan telah disampaikan oleh Puan Itaza Afiani selaku Timbalan Penyelaras EKSA UiTM Cawangan Perak


 Bengkel Pengauditan EKSA 


Jawatankuasa EKSA UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan Bengkel Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada September 2017. Ia telah disampaikan oleh En Abdul Fitri Salleh dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat awal kepada semua fasilitator untuk menjalankan sesi audit kelak. Fasilitator yang terlibat adalah dalam kalangan staf UiTM Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah.