Pengenalan fakulti

 

Fakulti Sains Gunaan wujud di Universiti Teknologi MARA (Perak) pada Mei 2014 bermula di Kampus Tapah. Untuk permulaan hanya terdapat satu program sahaja iaitu Diploma Sains (AS120) dengan seramai 402 orang pelajar dari Bahagian 02, 03, 04 dan 05. Kakitangan akademik terdiri daripada pelbagai bidang merangkumi Fizik, Kimia dan Biologi dengan jumlah 28 orang pensyarah.  Fakulti ini juga dibantu oleh Unit Makmal Sains yang dianggotai oleh 3 orang Pembantu Makmal dan 2 orang Penolong Pegawai Sains.

Kampus Tapah yang dibina melalui Skim Pembiayaan Swasta (PFI) menempatkan 2 blok bangunan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran pelajar program Diploma Sains. Kemudahan ini merangkumi sebanyak 28 buah bilik kuliah, 4 buah bilik seminar, 2 buah bilik perbincangan dan 4 buah makmal komputer.  Bagi tujuan sesi amali yang melibatkan subjek teras program Diploma Sains, terdapat 10 makmal Fizik, 7 makmal Kimia dan 8 makmal Biologi.

Bermula semester Disember - April 2015, Fakulti Sains Gunaan telah membesar dengan jumlah pelajar seramai 1877 orang melibatkan semua Bahagian dari peringkat 01 hingga 06. Seiring dengan penambahan bilangan pelajar, kakitangan Fakulti juga meningkat kepada 62 orang pensyarah dan 10 orang kakitangan dari Unit Makmal Sains. Kesemua Makmal Sains telah mula menerima peralatan dan kelengkapan bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran.  Menjelang pertengahan tahun 2015, kelas-kelas amali Diploma Sains dijangkakan beroperasi sepenuhnya di Kampus Tapah.