SELAMAT DATANG KE BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

 

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi pengurusan pelajar bagi seluruh sistem universiti untuk menyempurnakan bidang tugas, tanggungjawab dan fungsinya selaras dengan peruntukan Akta 173 dan Akta 174 sejak tahun 1976 dan pindaan-pindaannya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM.

Bahagaian Hal Ehwal Pelajar adalah antara bahagian yang penting dalam membantu Universiti Teknologi MARA melahirkan graduan yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi dan berpersonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global.

 

PENGENALAN

Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah salah satu bahagian terpenting di dalam sistem Universiti Teknologi MARA. Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan dua fungsi utama iaitu:

 

Kemudahan dan Perkhidmatan Pelajar

-           Kemudahan Kolej Kediaman

-           Kemudahan Insentif Makanan (Diploma)

-           Bantuan Kewangan dan Biasiswa Pelajar

-           Kebajikan Pelajar

-           Kemudahan Sukan

-           Khidmat Kerjaya dan Kaunseling

-           Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan

-           Pengurusan dan Kebajikan Pelajar ‘Non Resident’

 

Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar

-           Kursus Kokurikulum

-           Modul Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar

-           Program Finishing School - Graduating Student

-           Program Kemahiran Insaniah

-           Pelaksanaan Aktiviti Pelajar

-           Pembangunan Sukan

 

FUNGSI HEP

Bahagian Hal Ehwal Pelajar berperanan untuk memastikan penyediaan prasarana yang kondusif bagi pembelajaran dan urusan yang berkaitan dengan pembangunan pelajar, kemudahan kolej kediaman, kemudahan bantuan kewangan, kesihatan, kebajikan, kaunseling peribadi dan kerjaya, kegiatan persatuan, aktiviti sukan serta keusahawanan pelajar. Bahagian ini juga terlibat dalam urusan disiplin dan sahsiah pelajar. Fungsi HEP semakin jelas apabila wujudnya Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atau dikenali Akta 174.

Secara amnya, fungsi Bahagian HEP adalah seperti berikut:

  • Menyediakan kemudahan penginapan dan insentif bantuan makanan kepada pelajar yang layak.
  • Menyelaras perhubungan pelajar dengan pentadbiran UiTM, institusi-institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan luar dan orang perseorangan.
  • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti Kokurikulum dan Program Pembangunan Pelajar.
  • Menyelaras kegiatan pelajar seperti aktiviti berpersatuan, intelektual, kepimpinan, sukan, kebudayaan, keusahawanan, keagamaan dan sosial.
  • Memberi perkhimatan kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada pelajar.
  • Membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk dermasiswa, biasiswa dan pinjaman.
  • Menguruskan dan memberikan perkhidmatan kesihatan termasuk hal-hal kecemasan dan kematian.
  • Menyediakan perkhidmatan pengangkutan di dalam kampus.
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelajar yang tinggal luar kampus (Pelajar NR).
  • Menjaga ketenteraman dalam dan luar kampus melalui pelaksanaan Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.