Bahagian InfoTech merupakan peneraju IT dan ICT di dalam Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Tapah, di berikan tanggungjawab besar untuk melaksanakan prasarana dan kemudahan ICT, Untuk memudahkan tatacara mengurus dan mengawal perkhidmatan dan penggunaan yang berkaitan dengan ICT.

Bahagian InfoTech telah berkembang dan diperluaskan skop perkhidmatan sokongannya. InfoTech telah mempertingkatkan strategi keseluruhan teknologi maklumat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak serta mengubahsuai struktur organisasinya mengikut fungsi agar memenuhi keperluan akademik dan pentadbiran yang menawarkan keanjalan dan keserasian yang dinamik.

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti :

  • Makmal Komputer
  • Rangkaian Tanpa Wayar
  • Perisian (Software)
  • Access Door
  • Fingerprint
  • Kad Pelbagaiguna